Hussain Pasembur King Pulau Pinang

Muhammad Adi Ikram

Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang, Amatlah dikenali dengan berbagai bagai juadah makanan yang teridiri dari gabungan budaya Melayu, Cina dan India. Haa apa yang membuatkan Penang ni menarik ialah ia juga dikenali sebagai Syurga Makanan di Malaysia. Sebut je Penang mesti semua fikir pasal makanan. Contohnya seperti Nasi Kandar, Laksa Penang, Pasembur dan berbagai lagilah.

Tapi dalam segmen blog kita kali ini kita akan menunjukkan the top pasembur kat Penang ni. Sebelum tu korang tahu tak apa tu pasembur? 

• APA ITU PASEMBUR?

pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan sebagainya. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia.


• APA BEZA PASEMBOQ DENGAN ROJAK?

Tapi kan, korang tahu ke apa perbezaan antara Rojak dengan Pasembur? Sebab ada juga sebahagian orang yang panggil pasembur ni Rojak Pasembur ada sebahagian Pasembur sahaja. Haa Bezanya rojak cara penyediaannya dengan diasingkan kuahnya. manakala pasembur dicampur sekali kesemuanya. Namun ketika ini untuk memudahkan penjual dan pembeli ianya dicampur saja dan dipanggil Rojak Pasembur. Satu lagi Rojak ni biasanya kuah dia guna kuah kacang yang warnanya coklat sikit dan tak berapa pedas tapi Pasembur ni dia warna merah dan ada sikit rasa "Spicy Kick" tu😋. 

• BAHAN BAHAN DIDALAM PASEMBOQ

Mari sama sama kita tengok Food Review Pasembur Hussain Padang Kota


Haa mengiurkan ke tak? Kalau korang datang ke Penang, ini adalah antara tempat yang WAJIB untuk korang datang tauuu!!! rugi kalau tak datang sini. Harga dia pun memang berpatutan. Sedikit tips kalau korang "on budget" korang pilih je dulu apa korang nak dan cakap dekat dia yang korang nak harga sekian sekian. 

• CARA KE PASEMBOQ HUSSAIN PADANG KOTA

Cara nak kesana boleh guna google maps atau waze sahaja Hussain Pasembur King Padang Kota mesti jumpa dan tak tersesat punya. Jadi tunggu apa lagi? lepas je baca ni cepat cepat pergi sana!

Oh sebelum tu jangan lupa juga untuk follow dan like Hussain Pasembur King di Facebook dan Instagram mereka.😁


Comments